Tuesday, 31 May 2016

KOLEKSI 4: PANTUN JENAKA

KOLEKSI 3 : PANTUN NASIHAT

APA ITU PANTUN NASIHAT?



Pantun nasihat adalah pertuturan  bahasa yang

dirangkai menjadi sebuah kata-kata anjuran

yang bersifat mengajak, memperingati dan

menegur seseorang untuk menjadi lebih baik. 

Pantun nasihat ini memiliki fungsi yang

sangat bagus untuk membuat motorik,

sikap,sifat, dan perlakuan seseorang menjadi

lebih faham dan mengerti. 

    Pantun yang merupakan puisi lama ini 

mampu memberikan kebaikan yang  baik 

untuk perkembangan  psikologis anak 

terhadap lingkungan, keluarga

ataupun temannya.  



CIRI-CIRI PANTUN NASIHAT


  •       Terdiri dari empat baris
  • Tiap baris terdiri dari 9-10 kata 
  • Barisan 1 dan 2 merupakan sampiran
  • Barisan 3 dan 4 pula merupakan isi

CONTOH PANTUN NASIHAT

UNTUK MAKLUMAT LANJUT LAYARI BLOG DIBAWAH






KOLEKSI 2 : PANTUN AGAMA

 APA ITU PANTUN AGAMA?


Pantun agama adalah pantun yang

didalam nya mengandungi  kata-kata

nasihat  atau petua yang memiliki makna

mendalam sebagai sebuah pedoman

dalam menjalani  kehidupan yang 

selalunya berisi kata-kata yang boleh

mendorong kita untuk melakukan  benda

yang tidak melanggar aturan agama baik

untuk kepentingan diri mahu pun kita atau 

bagi orang lain.


CIRI-CIRI PANTUN AGAMA:


  • Tiap baris yang terdiri daripada 8 
          hingga 12 suku kata 

  • Akhir ayat di setiap baris mengandungi 
          huruf A-B-A-B mengikut urutan

  • Baris 1 dan 2 merupakan sampiran

  •  Baris ketiga dan keempat merupakan         
           isi penting .




CONTOH PANTUN AGAMA






UNTUK MAKLUMAT LANJUT LAYARI BLOG DIBAWAH

PANTUN MELAYU

ASAL USUL PANTUN MELAYU



Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan

Melayu dan cabang kesusteraan Melayu

 yang paling tua. Pantun dikatakan mula

dicipta oleh orang Melayu untuk

menyampaikan mesej perasaan hati seperti 

contoh merasa sedih kerana duduk 

berdagang di perantauan, mengenangkan 

untung nasib yang malang dan bersuka ria.


    Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan

mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam 

bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji

di kalangan masyarakat pra-moden,

pra-tulisan, sama seperti perumpamaan

 bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat 

yang lain.






KEPENTINGAN PANTUN MELAYU



Pantun Melayu terdiri daripada beberapa

jenis pantun seperti pantun adat, agama,

nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap

pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau

kegunaannya sendiri. Pantun Melayu yang

dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu

mempunyai beberapa fungsi. Antaranya ialah

untuk memdidik, meluahkan rasa kasih

sayang dan rindu, menyampaikan rasa

penghargaan atau terima kasih, adat istiadat,

sindiran dan tempelak, menguji minda dan

sebagai hiburan.




UNTUK MAKLUMAT LANJUT LAYARI BLOG

                          DI BAWAH :

           http://interaktifguru.blogspot.my/



Monday, 30 May 2016

KOLEKSI 1 : PANTUN ADAT

   APA ITU PANTUN ADAT?


  Pantun adat  adalah pantun yang penuh 

 pesan bermakna atas adat istiadat yang

 dijunjung. Dalam beberapa tradisi budaya 

 masyarakat, pantun adat sering dibunyikan 

 orang ketika mengadakan perhelatan yang 

 berkenaan dengan suatu ritual adat istiadat

 setempat misalnya pada acara kenduri adat

 atau acara pernikahan adat.





CIRI-CIRI  PANTUN ADAT :



  • Isinya selalu berkenaan tentang adat


  • Mengajak untuk menyukai budaya atau 
   adat istiadat




CONTOH PANTUN ADAT:






UNTUK MAKLUMAT LANJUT LAYARI BLOG DIBAWAH