Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan
Melayu dan cabang kesusteraan Melayu
yang paling tua. Pantun dikatakan mula
dicipta oleh orang Melayu untuk
menyampaikan mesej perasaan hati seperti
contoh merasa sedih kerana duduk
berdagang di perantauan, mengenangkan
untung nasib yang malang dan bersuka ria.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan
mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam
bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji
di kalangan masyarakat pra-moden,
pra-tulisan, sama seperti perumpamaan
bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat
yang lain.
KEPENTINGAN PANTUN MELAYU
Pantun Melayu terdiri daripada beberapa
jenis pantun seperti pantun adat, agama,
nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap
pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau
kegunaannya sendiri. Pantun Melayu yang
dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu
mempunyai beberapa fungsi. Antaranya ialah
untuk memdidik, meluahkan rasa kasih
sayang dan rindu, menyampaikan rasa
penghargaan atau terima kasih, adat istiadat,
sindiran dan tempelak, menguji minda dan
No comments:
Post a Comment